Tuesday, January 25, 2011

Sixth Sense TANPA



When you like someone, you like them in spite of their faults
When you love someone, you love them with their faults
- Elizabeth Cameron
P/S: I miss you so much. It would be much easier if I knew the boy, I met when I was 10 is actually my true soulmate.

Monday, January 24, 2011

Aku Rindu Sayang Kamu - Black (Mentor) Lyrics



Kalau sayang seseorang kena banyak bersabar.
Dear,
"I love you, not for what you are, but for what I am when I am with you"
-Roy Croft

Sunday, January 23, 2011

Monday, January 17, 2011

Ku di halaman Rindu

Malam ni aku terbukak radio Sinar FM, fuh lagu Lefthanded Kudihalaman Rindu berkumandang. Dalam perjalanan aku dari rumah nak ke kedai mamak di kawasan rumah ku yang tal sampai 5. Tapi pasal lagu ni, aku sanggup ikut jalan jauh semata2 untuk menghayati lagu ni. Tetiba aku terkenangkan kenangan lama yang memcuit hati ku ni. Pada zaman tu lagu "sekuntum bunga sakura digurun sahara" nyanyian Mega. Masih teringat lagi waktu bulan puasa dalam tahun 1990. Pada tahun tu adalah titik tolak kemana arah tuju hidup ku. Aku baru lepas habis SPM. Keputusan keluar alhamdulillah lulus tapi tak lah cemerlang seperti semua orang sangkakan. Nak apply universiti mmg susah. apatah lagi utk KPP ke luar negeri. Aku pilih untuk teruskan pengajianku di tingkatan 6 rendah di VI. Mula rasa mcm tak tahu arah tuju, tiada siapa dalam dunia yang bimbing aku mana aku haru tuju.

Sedang aku belajar di VI, aku terima tawaran untuk belajar jurusan Kejuruteraan Awam di Politeknik Ungku Omar, Ipoh. Pada mulanya aku tak nak pegi.. bagi aku apa ni, mintak lain dapat lain.. bidang yang aku minta komputer sains. Hmmm dapat civil.. aku nak reject, tiba2 orang yang selalu abaikan aku marah, dia pulak yang suruh aku ambik jurusan ni. Apakan daya dia boss aku ikutkan ajer. Aku tinggalkan orang yang aku sayang untuk pergi memulakan zaman pengajian tinggi.

Pada mulanya aku tak dapat mak sesuaikan diri dengan jurusan tu ditambah lagi dengan rindu pada org yang aku sayang. Dia adalah orang yang aku sayang.. bukan seperti yang orang sangkakan.. aku dengan WM memang bercinta tapi aku tak selesa. Macam2 dugaan menimpa aku dalam hubungan aku dgn dia.. aka "gossip". dalam masa yang sama aku menyimpan perasaan pada Dia. Cuma ianya tak terkeluar dari hati ke mulut untuk aku luahkan kepadanya. Dalam pada tu tak seorang pun tahu isi hati aku pada Dia. Dan ianya kekal didalam hati ku hingga sekarang... malangnya dia dah berpunya... Aku gembira melihat dia gembira bersama keluarganya... cuma malam ni bila aku terdengar lagu Ku dihalaman Rindu.. aku teringatkan zaman2 aku di sekolah, kolej, bekerja dan berumahtangga. takda satu pun keputusan yang aku buat atas dorongan atau sokongan orang yang sepatutnya menyayangi aku. Semuanya aku buat sendiri dan ini lah jadinya AKU diriku sentiasa AKU. aku sendirian.. segan aku tapi masa aku menulis ni air mata aku berlinangan. sebab sepanjang hidup aku, aku sebenarnya sendiri...takda sapa yang hirau atau pedulikan aku... hidup aku tak pernah ceria dan gembira.. yang betul2 mendalam... aku serahkan segalanya kepada ketentuan ilahi.. Tawakal..

"KU DIHALAMAN RINDU"

Sunday, January 16, 2011

Harimau Malaya mengaum kembali

Golll..! Malaysia boleh... gegak gempita stadium bukit jalil yang bergemuruh dengan sorakan padu penyokong negara dengan gelaran baru HARIMAU MALAYA. Bagaikan final piala dunia seluruh rakyat menyaksikan betapa Malaysia sekarang bangkit untuk mengembalikan maruah bolasepak di persada Asia Tenggara dan akan menyahut cabaran untuk menjadi jaguh Asia. Mungkin ini bagi sesetengah pihak adalah angan2 mat jenin.. tapi kita boleh lakukannya.. dengan sokongan padu rakyat dan juga sokongan moral dan peruntukan untuk membentuk pasukan yang mantap.

Disini aku mengimpikan setiap pasukan negeri atau kelab di swastakan sepenuhnya dengan setiap pasukan cari penaja untuk diletakkan di jersey pasukan masing2... aku nak tengok satu hari nanti Melaka punya jersey tertera TAMIN jenama kicap terkenal... Johor ditaja oleh MAGGI, Selangor ditaja oleh PROTON dan sebagainya. baru lah hebat... banyak ke sikit tajaan tu terpulang.... dengan pendekatan ni, aku yakin suasana liga bolasepak Malaysia akan bertambah ceria dan rancak dan dengan sendirinya kualiti permainan akan meningkat. Malaysia Yakin Boleh...!!

VIVA HARIMAU MALAYA

Tahun baru dan azam baru

2011 baru menjelma. Sambutan tahun baru disertai dengan azam baru. Bagi aku azam tahun baru 2011 memang sama dgn tahun2 sebelumnya iaitu untuk berjaya dalam segala apa yang di ceburi. Cuma kali ni kenalah letak satu lagi azam iaitu untuk lebih bertanggungjawab dan mengasihi dari segi rohani kepada orang yang aku sayangi. Dan demi azam itu aku ikut kemahuan dan azamnya utk lebih menyayangi. Apa2 pun aku akan terus kan perjuangan untuk berjaya dan memiliki apa yang aku idamkan... apa yang ku idamkan? hanya aku dan orang yang aku sayangi aje yang mengetahuinya..

Demi semuanya itu akan aku mengorak langkah untuk lebih berjaya.. aku pun nak pakai BMW atau paling "koman" pun mini cooper...macamana?? Yess itu yang ku azam kan utk tahun ini...

SELAMAT TAHUN BARU UNTUK SEMUA...!