Golll..! Malaysia boleh... gegak gempita stadium bukit jalil yang bergemuruh dengan sorakan padu penyokong negara dengan gelaran baru HARIMAU MALAYA. Bagaikan final piala dunia seluruh rakyat menyaksikan betapa Malaysia sekarang bangkit untuk mengembalikan maruah bolasepak di persada Asia Tenggara dan akan menyahut cabaran untuk menjadi jaguh Asia. Mungkin ini bagi sesetengah pihak adalah angan2 mat jenin.. tapi kita boleh lakukannya.. dengan sokongan padu rakyat dan juga sokongan moral dan peruntukan untuk membentuk pasukan yang mantap.
Disini aku mengimpikan setiap pasukan negeri atau kelab di swastakan sepenuhnya dengan setiap pasukan cari penaja untuk diletakkan di jersey pasukan masing2... aku nak tengok satu hari nanti Melaka punya jersey tertera TAMIN jenama kicap terkenal... Johor ditaja oleh MAGGI, Selangor ditaja oleh PROTON dan sebagainya. baru lah hebat... banyak ke sikit tajaan tu terpulang.... dengan pendekatan ni, aku yakin suasana liga bolasepak Malaysia akan bertambah ceria dan rancak dan dengan sendirinya kualiti permainan akan meningkat. Malaysia Yakin Boleh...!!
VIVA HARIMAU MALAYA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment