Sunday, May 30, 2010

Antara mimpi, ilusi dan kenyataan

Suatu ketika dulu pernah terdetik di hati ini betapa kuinginkan kebahagiaan yang abadi dalam hidup aku. Aku hidupkan kembali segala yang telah lama terkubur dalam hatiku. Ku cuba siramkan benih2 itu agar dia kembali segar bersemarak dalam hati ini. Setelah sekian lama ianya mati dalam hati... Tiba-tiba ianya hidup dan kembali segar. Ku siram dan siram setiap hari agar ia sentiasa segar. Tapi bak pepatah melayu, lagi kau siram dan sekiranya terlebih air tanaman pun akan mati ini kan pula perasaan. Niatku cuma satu ingin menikmati hidup yang sempurna, dikasihi, dicintai dan dihargai. Tanpa kusedar perasaan yg kusirami itu buatkan ianya lemas dan terus layu... Ya allah.. Jgnlah kau matikan perasaan yang suci itu kerana itulah yang membuatkan aku terus bernafas...

Ku bangkitkan segala perasaan yang ada pada ku... Ku luahkan segala yang terbuku untuk ku mendapat semangat untuk aku terus bernafas sehingga suatu hari nanti aku dapat merasai apa yang orang lain kecapi.. Hidup ku semakin hari semakin ceria.. Dan tanpa ku menduga apa yang ku pernah alami dulu mendatangi aku.. Adakah aku tidak layak untuk disayangi, dicintai atau dibelai... Mengapa setiap kali cinta yang mendatangi aku diakhiri dengan sedih... "diakhiri"? Adakah tanda-tanda itu sudah timbul... Adakah aku lemas dalam perasaan yang aku sendiri inginkan setelah sekian lama aku tanam sedalam-dalamnya dan aku sendiri inginkannya kembali. Perasaan itu sudah lama tak kurasai dan sekarang sudah di depan mata. Apa harusku lakukan? Membiarkan apa yang berlaku terus berlaku agar perasaan itu kekal membara atau harus ku teruskan siraman agar ia akan padam...

20 tahun lalu perasaan yang sama aku lalui dan ianya memakan diri sendiri. Kini ianya muncul dan ianya memakan diriku lagi. Aku tak mau menangis lagi.. Aku tak mau rasa kehilangan lagi.. Aku tak mahu rasa bagaimana aku ditinggalkan lagi... Terlalu pedih aku lalui juga kerana aku sayang.. Sebab aku cinta...

Terlalu bahagia perasaan aku dikala aku dihargai... tapi kini ia semakin lama semakin jauh. Tetiba aku terdengar lagu AKU CINTA PADAMU" Mazlan Hamzah dan di nyanyi semula oleh Sheila majid. Dalam lagu itu terbaris satu rangkap.. " haruskah aku berikrar lagi untuk yang ke seribu kali...aku cinta padamu... Sungguh.. Aku cinta padamu... Sungguh... Mestikah ku ucapi dari mulut ku sendiri.. Aku cinta padamu.. Kasihhh..."

Apa lagi yang hendak ku buktikan... Apa lagi hendak ku curahkan... Kalau perasaan itu makin lama makin layu... Bagi aku dialah yang bakal mengakhiri perasaan cinta ku... Tiada lagi selepas ini... Bezanya cuma usia... 20 tahun lalu dan sekarang perasaannya sama..

Demi cinta demi sayang yang aku tagih, akan ku kuatkan keazaman, akan ku kuatkan semangat... Akan ku kuat perasaan agar api itu tak akan terpadam dalam hati ini...

Pilu.. Mengapakah kau sering menganggu ku. Rindu.. Mengapakah kau datang menghampiri... Hati yang suci murni telah hancur berderai, kini bagaikan... Debu-debu jalanan.. Tiada arah tujuan.. Tanpa tujuann... :(

No comments:

Post a Comment