Tajuk di atas memang saya dah lama persoalkan. Hakikatnya dan pengajarannya ada terdapat dalam cerita dalam slot SERAM setiap hari Khamis TV3 @ 2130 malam. Memang orang tua- tua ada berkata biar mati anak jangan mati adat. Begitu taksub sekali mereka mengikut ajaran budaya. Tak tahu dimana sempadan antara budaya dan agama. Budaya dan agama mengajar kita untuk percaya adanya makhlus halus, dan dengan itu orang- orang dahulu mempelajari ilmu- ilmu untuk meminta pertolongan dan perlindungan dari makhluk yang sedemikian. Dari sini timbul nya saka, hantu raya yang menjaga dan mempertahankan keluarga yang membelanya. Kita terikat dengan budaya ini turun temurun sehingga ke zaman ini masih lagi ada kerana "penjaga" ini tak akan hilang dan akan dipaksa utk mewarisi saka dan makhluk halus ini. Agama telah mengatakan hanya Allah yang satu dan tiada lain tempat pertolongan yang patut diminta selain Nya.
Kita kadang terikut-ikut dengan budaya syirik ini. Sesuatu yang terjadi itu ada hikmahnya, dan jalan terbaik adalah meminta pertolongan dari Nya. Setiap penyakit ada ubatnya. Dalam zaman moden dan teknologi yang serba lengkap ni, perubatan moden juga maju dan ia selaras ajaran dan tamadun Islam bahawa ilmu perubatan boleh dipelajari dan ubat boleh dicipta dari kepakaran-kepakaran yang mempelajari ilmu perubatan yang berasaskan Al-Quran.
Berubatlah secara betul dan minta kepadaNya agar disembuhkan penyakit. Dengan izinnya insya allah sembuh. Bukannya berubat kononnya secara tradisional tapi menggunakan mentera memuja dan meminta pertolongan jin atau apa2 pun bentuk pemujaan. Semuanya itu budaya yang salah dan ianya syirik. Bercanggah dengan tuntutan ugama.
Saya mengganggap tuntutan budaya biarlah berpada2 dan janganlah terlalu mengikutkan dan pentingkan budaya hingga pegangan agama tergadai. Kita orang melayu khususnya penuh dengan adat dan budaya, dan tuntutan agama. Antara ugama dan budaya ada garis yang amat halus yang memisahkan dan itulah yang perlu kita selami agar jangan nanti kita menganggap ianya sebahagian dari agama tapi sebenarnya budaya yang tak sepatutnya kita ikut dan membolehkan kita jadi syirik.
SAMA-SAMA KITA RENUNG2KAN BERSAMA ANTARA BUDAYA DAN AGAMA..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment